Saturday, June 8

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRES ;3

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006

Langkah 1 – Fahami Punca Stres- Selidik punca yang menyebabkan stres terjadi kepada anda- Cari masalah dalam diri satu persatu.- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehinggamenyebabkan ketegangan.LangkahLangkah 2 – Letakkan Keutamaan- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaankepada yang lebih penting.- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidakmembuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana iaboleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.Langkah 4 – Menangis- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribumasalah.- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkantekanan minda dan jiwa.- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisanberbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan danmenganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.Langkah 5 – Ketawa- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandaiberjenaka dan berhiburlah bersama mereka.- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dandenyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapatdiaktifkan.- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badandan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental jugalapang setelah berpeluh- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredarandarah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawapenyakit di dalam badan.Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpamementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskanairmata- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hatisehingga berpeluh- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda jugaboleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaanataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-manamengikut kreativiti anda.Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dansebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadarsedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kitaitu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apayang digambarkan didalam diari.Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidakpada sahabat karib anda.- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapatmengurangkan bebanan stress.- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat danpandangan sahabat anda itu.Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dantingkahlaku yang telah dilakukan.- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuatpertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnyamasalah sehingga anda dapat ketegangan.- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah andasebenarnya dan apa yang anda ingini.Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalumemaksa diri.- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidaklagi mampu ditanggung.- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak ataumahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabisbaik.- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkanperbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalansunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkanjalan keluar bagi setiap masalah.Langkah 13 – Bersantai- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikitketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau dimana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diridan minda.- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda danmemberikan keseronokan- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.Langkah 14 – Ambil Mudah.- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yangmudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikanitu pada keesokkan harinya.- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi takkeruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,dapatkan kaunselor yang boleh membantu.- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dantindakan yang perlu diambil.- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedarmengenai diri sendiri.Langkah 16 – Berurut.- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan uratyang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yangmahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkanketegangan akibat bebanan stress.Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantumenghilangkan tekanan yang ditanggung.- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.Langkah 18 – Hipnosis- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasukisatu suasana yang indah.- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruhmelontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar andaberasa segar dan ringan tanpa masalah.- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar denganmembersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikutkehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadikenyataan.- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatuyang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jikatidak memperolehinya.- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apayang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang laindapat.Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dananda sedia menerima sesuatu bencana.- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuandari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihanfikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbangdan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatanyang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

2 comments:

  1. thanks byk2 sbb share semua ni erhh.. harap2 kita dpt aplikasi kan dlm hidup seharian kita :D ..
    lgpun, beribadat kepada tuhan dengan bersungguh mcm berkhalwah iaitu bersendiri bermuhasabah , ingat pada sang pencipta tu jgak dpt menghilangkan stress kita :D

    ReplyDelete