Thursday, November 22

Indah khabar dan rupa :)


  • Jangan kita sangka kawan kita yang menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa.

  • Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji.

  • Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.



Hakikatnya...


Kawan kita menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga

Kawan kita menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga

Dan kawan kita bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka yang bakal membakar diri kita.

Kawan kita tu bukanlah malaikat , dia juga manusia.

Bersangka baiklah, kawan kita sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama :')




Ketahuilah~~~

Yang singkat itu waktu. 



Yang menipu itu dunia.


Yang dekat itu kematian



Yang besar itu hawa nafsu

Yang berat itu amanah.


Yang sulit itu ikhlas


Yang mudah itu berbuat dosa


Yang susah itu sabar.


Yang sering lupa itu bersyukur



Yang membakar itu ghibah



Yang mendorong ke neraka itu lidah



Yang berharga itu iman


Yang mententeramkan hati itu berzikir



Yang ditunggu Allah SWT itu Taubat.


Setuju?




No comments:

Post a Comment